Pati Diberi Pas Kerja Sementara - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majikan yang menggunakan khidmat pendatang asing tanpa izin (Pati) boleh terus menggaji pekerja terlibat kerana kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan pas kerja sementara khusus untuk golongan itu.

Langkah itu bagi menjamin operasi tidak harian tidak tergendala dan membolehkan pihak berkuasa memantau pekerja asing di negara ini.

Mengumumkan perkara ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pas itu akan dikeluarkan Jabatan Imigresen dan majikan perlu membayar levi seperti mana prosedur biasa mengambil pekerja asing.

"Mereka boleh mengemukakan permohonan pas kerja sementara untuk pekerja tidak sah ini sebaik Jabatan Peguam Negara menyelesaikan beberapa aspek berkaitan undang-undang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet berkaitan pekerja asing dan Pati pada Selasa.

Jawatankuasa itu juga bersetuju membenarkan empat sektor untuk menggaji pekerja asing bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja.

Sektor berkenaan adalah perladangan, perlombongan dan kuari, pengendalian kargo dan pelancongan dan hospitaliti.

"Kami sedar wujud masalah kekurangan pekerja untuk sektor berkenaan dan sebab itulah kerajaan membenarkan majikan untuk mengambil pekerja untuk memastikan operasi harian tidak terjejas," kata Ahmad Zahid.

Bagaimanapun, katanya, pengesahan untuk sektor perlombongan dan kuari serta pelancongan dan hospitaliti akan hanya diberi pada 2020.

Tags / Kata Kunci: Pati , Ahmad Zahid , pas kerja sementara

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan