Kementerian Sedia Kaji Larangan Kapcai Masuk KL

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 5:30 PM

Tiong Lain meneliti dron yang dipamerkan pada Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan sedia mengkaji cadangan untuk melarang motosikal dengan enjin kapasiti kecil atau kapcai daripada memasuki bandaraya Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu kerana pada masa ini motosikal tidak perlu menjalani pemeriksaan kadar pelepasan karbon dari ekzos.

"Setakat ini polisi Puspakom tiada pemeriksaan (pelepasan karbon) dijalankan ke atas motosikal, hanya libatkan kenderaan komersil dan orang awam (kereta) sahaja.

"Kita akan kaji sebab-sebab DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) mahu melarang kapcai daripada masuk ke bandaraya Kuala Lumpur," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu peringkat kebangsaan sempena perayaan Tahun Baru Cuna 2017 di sini Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan kapcai mungkin akan dilarang masuk ke pusat bandar jika tambang pengangkutan awam ditawarkan berpatutan.

Adnan berkata selain langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon, larangan seperti itu juga telah diamalkan di bandar-bandar utama.

Menurut Tiong Lai, kerajaan akan membuat kajian dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar.

"Larangannya (DBKL) adalah dari segi ekzos (pelepasan karbon) yang melebihi kadar jadi kita akan kaji dari segi kesannya kepada alam sekitar," katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan pelancaran kempen, Tiong Lai menyatakan kebimbangannya terhadap peningkatan angka kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2016.

Katanya, kerajaan dengan kerjasama syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan akan berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian pada tahun ini.

Antara langkah yang bakal diambil adalah dari segi mengadakan beberapa program penguatkuasaan, kawalan dan sekatan dalam tempoh Ops Bersepadu dan advokasi oleh syarikat-syarikat swasta.

Beliau turut mengumumkan tambahan  tujuh kamera pengawasan daripada 14 kamera sedia ada.

Tags / Kata Kunci: kapcai , Liow Tiong Lai , DBKL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan