MB Johor Gesa Rakyat Malaysia Guna Pengangkutan Awam Ke Singapura

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura boleh mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam berbanding memandu kenderaan sendiri, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menteri Besar itu juga berkata mereka perlu melihat Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) yang diperkenalkan Singapura kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu bermula 15 Februari ini sebagai sesuatu yang positif.

"Ia adalah hak Singapura dan kita tidak boleh menghalang mereka daripada mengenakan caj tersebut terhadap kenderaan asing," katanya kepada pemberita pada sidang media semasa lawatan kerja ke Parlimen Kluang, Selasa.

Mohamed Khaled berkata majoriti rakyat Malaysia tinggal di Johor Baru dan pergi bekerja ke Singapura menaiki motosikal berbanding memandu kenderaan sendiri ke sana.

Katanya, Singapura akan menjalankan kajian terperinci sebelum membuat keputusan mengenai pelaksanaan RCC.

"Ini termasuk kesan ekonomi ke atas Singapura, memandangkan terdapat ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu," kata Mohamed Khaled.

Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menasihati bekas perdana menteri itu supaya tidak membangkitkan isu politik perkauman di Johor kerana ia tidak akan diterima baik "Bangsa Johor".

Mohamed Khaled bersetuju dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar bahawa Dr Mahathir menanam rasa takut di kalangan rakyat Johor mengenai kebanjiran pelabur China di negeri ini.


Tags / Kata Kunci: RCC , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan