Felda Bakal Jual Aset Untuk Kukuhkan Aliran Tunai

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 7:31 PM

Shahrir Abdul Samad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara agresif tahun ini, khususnya hotel dalam usaha menstabilkan aliran tunai, membiayai aktiviti lain serta memulihkan 'aset bermasalah' di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, usaha itu termasuk penjualan 35 juta pegangan saham Felda dalam Malayan Banking Bhd (Maybank) pada harga RM8.05 sesaham bernilai RM280 juta.

Menurutnya, Felda juga merancang untuk menjual pegangannya dalam saham-saham amanah lain bagi mengumpulkan sejumlah hasil yang dimandatkan oleh Lembaga Pengarah pada mesyuarat pertama November lepas.

Felda bebas daripada sebarang pembiayaan kerajaan sejak 1996.

"Selepas 18 tahun, masih ada defisit dalam aliran tunai dan rizab kami berikutan ada di antara pelaburan itu yang tidak menyumbangkan aliran tunai seperti yang kami jangkakan.

"Itulah sebabnya kami perlu menjadikan aset itu bernilai supaya dapat  mengembalikan keadaan kewangan Felda yang seimbang," katanya pada sidang media, di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata Felda merancang untuk menjual hotel di London yang berkemungkinan besar bernilai antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Jelasnya, pulangan perniagaan hotel di London itu juga tidak setimpal untuk membolehkan Felda terus kekal dalam segmen industri itu sewajarnya perlu dijual berikutan peningkatan nilainya yang menguntungkan Felda.

"Kenapa tidak (aset itu dijual)? Harganya setimpal dan (nilainya) meningkat. (Nilai mata wang Britain) pound juga berpatutan. Oleh itu, ia akan menguntungkan  kami," katanya.

Mengenai Laporan Kewangan Tahun 2015 Felda yang tertunda, Shahrir berkata dokumen itu kini dalam proses diaudit dan berkemungkinan akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini.

Menjawab punca kelewatan itu, beliau menjelaskan, tidak seperti pertubuhan perniagaan lain, Felda sebaliknya merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai proses perakaunan berbeza terutama bagi mengenal pasti keuntungan dan kerugian dalam tempoh tertentu.

Selain itu, mengulas perancangan masa depan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Shahrir berkata ia akan ditentukan dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Jika anda mahu membuat satu keputusan pelaburan besar seperti menjadikan FGV sebuah syarikat persendirian, ia akan memerlukan wang. Ia juga memerlukan perbincangan di peringkat Lembaga Pengarah dan saya tidak boleh membuat keputusan itu secara sendirian," katanya.

Mengenai FIC, beliau menyifatkatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang dimilikinya.

"Jika anda teliti Laporan (Ketua Audit Negara), anda boleh nilai berapa banyak wang yang terlibat dalam kesemua pelaburan bermasalah itu...kami sebenarnya sudah membelanjakan wang yang banyak namun sebaliknya tidak mendapat pulangan," katanya.

Shahrir berkata, pelantikan anggota baharu Lembaga Pengarah FIC juga akan dibuat pada minggu depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Felda , aset , FIC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan