Operasi Kembali Seperti Biasa - Shell - Berita Semasa | mStar

Operasi Kembali Seperti Biasa - Shell

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia mengesahkan pada Isnin bahawa 230 daripada stesen minyaknya kembali beroperasi seperti biasa, menerima urus niaga tunai dan juga kad kredit.

"Kebanyakan stesen lain menerima pembayaran tunai," kata syarikat itu dalam satu kenyataan berhubung masalah teknikal yang dihadapinya membabitkan urus niaga kad kredit di stesen minyak Shell di seluruh negara, sejak 1 pagi.

Shell yang memohon maaf kepada pelanggannya yang tidak dapat mengisi tangki minyak mereka akibat daripada masalah itu berkata ia sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

"Kami sedang bekerjasama dengan vendor IT kami untuk mengenal pasti punca  dan tahap masalah itu," kata Shell. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Shell
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan