Tambang MRT Dikenakan Bermula Selasa

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) akan mengenakan tambang kepada pengguna bermula Selasa.

Perkhidmatan membabitkan Fasa Pertama antara stesen Sungai Buloh-Semantan melibatkan 12 stesen sejauh 21 kilometer itu mula dibuka pada 16 Disember tahun lalu dengan tambang percuma termasuk bas pengantara selama sebulan iaitu sehingga Isnin.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Menurut pengendali perkhidmatannya. Rapid Rail Sdn Bhd, pengguna akan dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai dan antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah kaedah tanpa tunai.

Syarikat itu bagaimanapun menggesa pengguna menggunakan kaedah tanpa tunai dengan membeli kad Touch 'n Go bulanan atau mingguan daripada pejabat khidmat pelanggan di stesen MRT bagi kelancaran perjalanan.

Pelajar, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) akan diberikan diskaun 50 peratus.

Waktu operasi perkhidmatan MRT pada Isnin hingga Jumaat adalah pada pukul 6 pagi hingga 12 malam manakala Sabtu dan Ahad pada pukul 6 pagi hingga 11.30 malam. 

Bagi fasa kedua MRT SBK yang melibatkan laluan 30 kilometer untuk 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai ini.

Penumpang boleh mendapatkan butiran terperinci mengenai struktur tambang itu dengan melayari laman sesawang myrapid.com.my. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan