Motosikal Kapcai Mungkin Dihalang Masuk KL - Tengku Adnan

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 3:18 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Motosikal berkapasiti enjin kecil atau 'kapcai' mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sedang meneliti perkara itu jika pengangkutan awam disediakan mengikut tambang yang berpatutan.

"Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

"Kebanyakan bandar utama tidak membenarkan motosikal penggunaan 'kapcai'.

"Namun kajian mendapati kebanyakan orang masih memerlukannya kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

"Apabila tambang pengangkutan awam sedia ada lebih murah, kita akan kaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal 'kapcai' memasuki pusat bandar," katanya pada majlis pelancaran kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di sini Ahad.

Beliau berkata motosikal jenis kapcai juga digunakan oleh peragut di ibu kota itu.

Mengenai pengharaman penggunaan beg plastik dan bekas polistirena, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam kepada para peniaga.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan