Malaysia Airlines Tidak Cadang Henti Penerbangan Ke Perth

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 7:03 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines pada Isnin menyatakan tidak bercadang menghentikan penerbangannya ke Perth atau mana-mana destinasi lain Australia.  

Ini sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa beberapa pejabat Pelancongan Malaysia akan ditutup berikutan penghentian penerbangan Syarikat Penerbangan Malaysia itu ke beberapa bandaraya berkenaan. 

"Malaysia Airlines tidak bercadang menghentikan perkhidmatan hariannya ke Perth atau mana-mana bandaraya lain Australia," jelas syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. 

Katanya, fokus kini mengarahkan kepada meluaskan rangkaiannya ke China.  

"China merupakan bahagian penting dari pertumbuhan masa hadapan Malaysia Airlines memandangkan kedekatan geografi dan ikatan budayanya," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menerangkan Malaysia Airlines terus mengkaji rangkaian penerbangannya sesuai dengan permintaan sambil memfokus kepada destinasi dan perkhidmatan yang menguntungkan. 

Syarikat penerbangan itu mengambil perhatian bahawa ia telah menghentikan perkhidmatan antara Kuala Lumpur dan Los Angeles, New York, Stockholm dan Johannesburg seawal 2009. 

Mohamed Nazri telah menyatakan bahawa pejabat-pejabat Pelancongan Malaysia yang akan didtutup ialah di New York, Perth, Stockholm dan Johannesburg. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan