Lajim Ukin Terima Notis Bankrap

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 2:39 PM

Lajim Ukin.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu notis bankrap telah dikeluarkan kepada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin mengenai bayaran sebanyak RM160, 951.81 kepada CIMB Islamic Bank Berhad.

Dalam notis yang disiarkan dalam akhbar harian negeri itu pada Isnin, Lajim diberi tempoh selama seminggu daripada tarikh dinyatakan untuk membayar sejumlah wang tersebut kepada peguam syarikat berkenaan selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober 2016.

Notis bankrap itu memberikan tempoh masa sehingga 24 April ini untuk menyelesaikan isu tersebut.

Ketika dihubungi, Lajim berkata perkara itu sedang diuruskan oleh peguamnya dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Katanya, ia berpunca daripada kelewatan pembayaran kad kredit miliknya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Lajim berkata prosiding tersebut mempunyai hikmah kerana ia membersihkan dirinya daripada segala macam fitnah politik yang mengaitkan dirinya menerima wang daripada kerajaan memerintah untuk keluar daripada parti pembangkang.

"Mereka menyebarkan pelbagai cerita yang saya terima RM30 juta atau RM60 juta dari Umno untuk membentuk parti sendiri. Jika saya ada wang sebanyak itu, adakah masalah (bankrap) ini akan timbul," katanya.

Lajim merupakan bekas pemimpin Umno yang keluar parti untuk menyertai PKR Sabah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Pada tahun lalu, beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah untuk membentuk Parti Harapan Sabah.

Lajim berkata parti miliknya akan bergabung dengan Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).


Tags / Kata Kunci: Lajim Ukin , notis bankrap

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan