Khalid Kecewa Tindakan Tidak Serius Isu Serangan Di Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 7:36 PM

Khalid Samad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyuarakan kekecewaannya terhadap Jabatan Peguam Negara kerana tidak mengambil serius terhadap mereka yang terlibat dalam cubaan menyerang beliau di Parlimen pada November lalu.

"Insiden berlaku hampir dua bulan lalu di Parlimen dan ia berlaku kepada Ahli Parlimen.

"Beberapa anggota polis di Parlimen turut diganggu dan dikasari mereka yang terlibat," kata ahli parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) pada Isnin.

"Mereka (polis) tahu siapa individu-individu ini. Individu-individu ini berdaftar dan meninggalkan nombor kad pengenalan mereka di pondok pengawal di Parlimen. Dan mereka mempunyai rakaman video dan CCTV berhubung insiden.

"Saya tidak tahu mengapa ia mengambil masa lama. Mereka sepatutnya mendakwa orang-orang ini," kata Khalid.

Pada 24 November tahun lalu, Khalid diserang sekumpulan individu dari Pemuda Umno Bahagian Pasir Salah sebaik sahaja beliau memasuki perkarangan Parlimen.

Kumpulan itu mendakwa mereka kesal dengan tindakan Khalid yang menggelarkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai 'menteri sial' di Dewan Rakyat.

Insiden itu berlaku selepas Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai "satu-satunya wanita di sini yang mempunyai 'Kok'."

Susulan kejadian itu, polis menahan 11 suspek di mana salah seorang daripadanya merupakan anak lelaki Tajuddin.

Selepas suspek ditahan reman selama sehari, Khalid berkata, tiada tindakan lanjut diambil sehingga pertengahan Disember apabila beliau bersama-sama polis di Parlimen dipanggil untuk membuat pengecaman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Bagaimanapun, sesi berkenaan tidak dapat dihadiri Khalid kerana beliau telah mempunyai rancangan perjalanan pada hari berikutnya.

"Tempoh notis yang diberikan sangat singkat, tetapi saya percaya polis di Parlimen hadir dan membuat pengecaman," katanya.

Khalid kemudiannya dipanggil sekali lagi pada 10 Januari lalu untuk membuat pengecaman kedua, tetapi berkata, tiada seorang pun "pemain utama" hadir.

"Saya kenal pasti seorang lelaki dan seorang wanita. Tetapi mereka bukan pemain utama yang mengasari saya," katanya, sambil menambah bahawa anak lelaki Tajuddin tidak hadir pada pengecaman kedua itu.

Khalid berkata, beliau dimaklumkan bahawa pengecaman kedua itu diadakan bagi polis "menyelesaikan proses mereka" dan menghantar laporan kedua kepada Bukit Aman.

"Suspek menyerah diri pada November lalu dan polis menonton video itu dan mempunyai semua maklumat bagi mengenal pasti mereka yang terlibat," kata Khalid.

"Ia kelihatan bukan kes yang menjadi keutamaan A-G (Peguam Negara), walaupun saya percaya memandangkan keadaan itu, adalah wajar tindakan segera diambil," katanya.

Beliau turut menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempertimbangkan "tindakan serius" terhadap Tajuddin.

"Beliau (Tajuddin) tidak mengutuk tindakan yang berlaku. Beliau sepatutnya membuat permohonan maaf yang sewajarnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khalid Samad

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan