Ketatkan Peraturan Sistem Ekzos Motosikal - Aziz Kaprawi

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 6:27 PM

Gambar hiasan. Foto youtube.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap sistem ekzos motosikal merupakan langkah lebih baik bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, pengurusan pengeluaran karbon oleh kenderaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

"JPJ boleh menjalankan penguatkuasaan terhadap semua motosikal yang telah diubahsuai sistem ekzos yang tidak mengikut undang-undang," katanya kepada The Star Online pada Isnin.

Tambah Abdul Aziz, lori dan bas sepatutnya menjadi penyebab lebih besar sekiranya pelepasan karbon benar-benar menjadi kebimbangan.

"Jika ia mengenai pelepasan karbon, lori dan bas merupakan pesalah yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa motosikal berkapasiti enjin kecil atau 'kapcai' mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Malah Tengku Adnan turut mengatakan bahawa motosikal jenis kapcai juga sering digunakan oleh peragut di ibu negara.

Mengulas perkara berkenaan, Abdul Aziz berkata, terdapat peragut yang menggunakan kereta.

Beliau turut berkata, kerajaan perlu terlebih dahulu memastikan terdapat pilihan lain yang sesuai dari segi pengangkutan untuk rakyat sebelum menguatkuasakan larangan motosikal.

"Kita tidak mahu menimbulkan kesukaran. Larangan terhadap motosikal boleh menjejaskan kehidupan segelintir pihak," katanya.

Tags / Kata Kunci: kapcai , ekzos

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan