Abang Johari Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri - Berita Semasa | mStar

Abang Johari Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 9:46 AM

Abang Johari tiba di Wisma Bapa Malaysia pagi Isnin untuk memulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sarawak. foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pagi Isnin memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah dilantik Jumaat lalu.

Beliau tiba di Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Petra Jaya kira-kira pukul 9.07 minit pagi.

Ketibaan Abang Johari disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani sebelum beliau menuju ke Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 22.

Beliau turut disambut pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan