Dr Mahathir Telah Sedar Kepentingan BR1M - Shahrir

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 10:47 PM

Shahrir Abdul Samad

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan telah sedar akan kepentingan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila menyatakan hasrat mahu meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ternyata berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menggelarkan BR1M adalah 'dedak' dan rasuah daripada kerajaan.

"Dia (Dr Mahathir) pun cepat sedar. Saya anggap itu satu kematanganlah...dan dia boleh terima BR1M, sebagai sesuatu yang baik," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan Sri Tebrau, di sini,Ahad.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas ucapan bekas perdana menteri itupada majlis pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam, yang mahu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan cukai lain tetapi meneruskan BR1M sekiranya pembangkang menang PRU14.

Sementara iyu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakobmenyifatkan kenyataan bekas presiden Umno itu yang mahu mengekalkan BR1M sebagai mengarut.

Selain itu, cadangan untuk mengekalkan BR1M juga dilihat seolah-olah tidak mendapat sokongan pemimpin parti pembangkang yang lain, kata beliau.

"Mungkin dia dah lupa apa dia cakap pasal BR1M itu rasuah. Macam mana pula bila dia cakap BR1M tu rasuah, tiba-tiba dia cakap dia nak buat BR1M juga,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi.

Di KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata Dr Mahathir dilihat sering menukar pendiriannya.

Menurutnya, BR1M ternyata memberi manfaat kepada rakyat sehingga Dr Mahathir sendiri mahu meneruskankannya berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan BR1M dengan rasuah.

"Setiap pemimpin harus mempunyai pendirian yang utuh kerana ia merupakan simbol kepercayaan rakyat dan kekuatan sistem kerajaan yang ingin dibentuk,"katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri S. VellPaari berkata Dr Mahathir dan penasihat beliau telah menerima hakikat bahawa BR1M bukan satu bentuk rasuah tetapi program yang berkesan dalam membantu rakyat berpendapatan rendah di negara ini.

Malah, lebih 63 buah negara di dunia menyediakan program bantuan dalambentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan dan kaedah bantuan ini terbukti dalam meringankan beban kewangan lebih tujuh juta rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah (B40).

"Jika Dr Mahathir turun padang dan bertemu dengan rakyat, beliau akan tahu bahawa rakyat negara ini menghargai usaha yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Shahrir Abdul Samad , BR1M

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan