Tun M Juara 'U-Turn' - Najib

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U apabila sering mengubah pendiriannya sejak kebelakangan ini termasuk dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Najib berkata pada 26 Dis lalu, Dr Mahathir atau dikenali sebagai Tun M, membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Namun Najib  berkata, nada mantan perdana menteri itu nadanya berubah sama sekali semalam (Sabtu) apabila menyatakan pembangkang sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M jika menerajui kerajaan.

"Dalam tempoh tiga minggu sahaja beliau tukar pendirian dan buat pusingan U dengan menyatakan sekiranya pembangkang menang mereka sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M.

"Kebelakangan ini, Tun Mahathir terlalu banyak buat pusingan U dari segi pendiriannya, jadi kita boleh anggap Tun Mahathir sekarang ini jaguh pusingan U kerana tindakan dan kenyataan bercanggah sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 serta bantuan 'Kembali Ke Sekolah' Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini Ahad.

Pada Sabtu, Tun M yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Mahathir Mohamad

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan