Siasatan Insiden Pertunjukan Bunga Api Selesai - MPK

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Siasatan dalaman oleh majlis perbandaran tempatan berhubung insiden letupan bunga api semasa Fiesta Gegar Klang 2016, selesai sepenuhnya.

Presiden Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Yasid Bidin berkata, laporan siasatan itu akan diserahkan kepada pejabat Menteri Besar Selangor pada Isnin.

"Kita hanya akan mendedahkan laporan siasatan sebaik sahaja ia diserahkan.

"Berdasarkan pengetahuan saya, siasatan pihak polis juga telah selesai dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," kata beliau selepas merasmikan acara perlumbaan basikal Pulau Indah C180 anjuran Central Spectrum di Pulau Indah, Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menyertai perlumbaan tersebut.

Dalam pada itu, Yasid berkata, staf MPK yang terlibat dalam acara pertunjukan bunga api tersebut masih bercuti selama sebulan seperti yang diarahkan.

"Staf terlibat hanya akan dipanggil bertugas semula jika didapati tidak terlibat dalam insiden pada 1 Januari lalu berdasarkan siasatan dalaman dan polis," katanya.

Pada sambutan malam Tahun Baharu itu, seramai 14 orang termasuk 10 dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila terkena letupan bunga api.

Sementara itu, Azmin Ali berkata, beliau akan meneliti laporan tersebut dan membincangkan cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa siasatan bebas bersama Yasid.

"Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat minggu exco negeri pada Rabu dan kami akan memaklumkan MPK tentang tindakan yang perlu diambil," katanya.

Tags / Kata Kunci: MPK , Bunga Api

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan