Rasuah: KSU, Anak Dibebaskan Selepas Tempoh Reman Tamat

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar 'Datuk' dan seorang anaknya yang direman 11 hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan pada Ahad.

Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 59 tahun dan anak lelakinya yang berumur 34 itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas reman ke atas mereka tamat pada Ahad.

Majistret membenarkan KSU itu dibebaskan dengan jaminan RM200,000 manakala anaknya RM25,000.

Kedua-dua mereka sebelum ini ditahan reman tujuh hari bermula 4 hingga 11 Jan lalu dan disambung selama empat hari lagi sehingga 15 Januari.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan arahan reman ke atas suspek dan dua anaknya bagi tempoh tujuh hari.

Pada Rabu lepas, mahkamah membebaskan seorang lagi anak lelaki KSU tersebut yang berusia 29 tahun dengan jaminan RM10,000 selepas siasatan ke atasnya selesai. 

Ketiga-tiga individu itu yang ditahan pada 4 Jan lepas disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Terdahulu, KSU dan anaknya itu dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira 11 pagi berpakaian biasa dengan wajah masing-masing ditutupi baju.

KSU itu ditahan dirumahnya di USJ, Subang, Selangor pada 8 pagi, manakala dua anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu Pejabat SPRM, hari yang sama.

Dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan dua syarikat berbeza. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KSU , Rasuah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan