KKM Siasat Kes Tepung Dipercayai Mengandungi Bahan Peluntur

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekiranya tepung tersebut didapati mengandungi bahan peluntur yang melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, pihaknya akan menarik semula penjualan tepung tersebut. 

"Ia merupakan satu kesalahan undang-undang kalau kita menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung. Sekiranya dibuktikan ada bahan kimia lebih daripada yang ditetapkan, kita akan ambil tindakan termasuk tarik balik penjualan, menghentikan operasi dan ambil tindakan dari segi perundangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di ibu pejabat MIC di sini pada Ahad.

Subramaniam mengulas mengenai senarai tepung gandum yang dikeluarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang didakwa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan.

Ditanya mengenai pil Misoprostol (atau Cytotec) yang didakwa boleh menggugurkan kandungan yang dijual secara dalam talian, Subramaniam berkata perkara itu sukar dikesan dan diambil tindakan kerana ia melibatkan pembelian yang dilakukan di luar negara.

"Pil seperti ini perlu mendapatkan preskripsi daripada seorang doktor. Kalau penjualan di Internet dibuat dalam negara, kita boleh kesan dan ambil tindakan.

Kadang-kadang berlaku di luar negara dan datang melalui pos. Itu cabaran kita," katanya.

Justeru, beliau berkata kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Kastam Diraja Malaysia dan polis untuk mengesan sebarang bungkusan yang mengandungi pil tersebut dan mencari sekiranya terdapat penjualan berlaku di dalam negara. 

Penjualan pil yang asalnya digunakan untuk mengubati penyakit gastrik itu hangat diperkatakan di laman sosial kerana mudah didapati menerusi pembelian dalam talian. 

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata pelantikan 2,600 graduan perubatan, pergigian dan farmasi secara kontrak ke dalam sektor kerajaan telah dijalankan secara berperingkat bermula Disember lepas.

"Bagaimanapun pengisian jawatan kontrak ini bergantung kepada seberapa cepat Jabatan Perkhidmatan Awam mewujudkan jawatan-jawatan kontrak," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan pelantikan 2,600 graduan itu secara kontrak selewat-lewatnya Disember 2016 kerana kekangan jawatan tetap. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: S. Subramaniam , KKM

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan