Tun M Tidak Boleh Dipercayai - Idris Haron

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak konsisten terutamanya dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan bahawa bekas perdana menteri itu tidak boleh dipercayai.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata Dr Mahathir sering mengubah taktik dan tidak mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas dalam perjuangan politiknya.

Justeru, beliau berkata mereka yang berada di sekeliling Dr Mahathir perlu berhati-hati kerana tindakan sering menukar haluan dan tidak konsisten itu amat berbahaya.

"Kalau Dr Mahathir sebut jika pembangkang berkuasa BR1M akan dikekalkan maknanya dia sudah tidak konsisten dan orang tidak konsisten bahaya...tidak konsisten itu maknanya orang yang paling tidak boleh dipercayai," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pecah tanah Projek Pangsapuri Mampu Milik (PMM) di Bukit Baru di sini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Saleh Mohd Dom.

PMM Bukit Baru itu menawarkan 144 unit rumah berkenaan dan akan dijual pada harga RM180,000 hingga RM280,000 seunit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dijangka siap menjelang 30 Jun 2019.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan menyatakan sikap terbuka mengekalkan BR1M dan pembangkang sanggup mempertimbangkan pemberian BR1M jika menerajui kerajaan nanti, namun sebelum ini beliau berulang kali menuduh bantuan itu merupakan bentuk 'rasuah' kepada pengundi.

Sementara itu, Idris berkata sebanyak 63,618 unit rumah mampu milik (RMM) ditawarkan antara RM130,000 hingga RM180,000 seunit yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, kepada rakyat negeri ini setakat 9 Jan lepas hasil dasar dan usaha kerajaan negeri melalui kerjasama dengan agensi perumahan kerajaan dan pemaju swasta.

"Daripada jumlah tersebut, 30,934 unit RMM dibangunkan oleh jabatan atau agensi kerajaan negeri seperti LPM manakala 32,684 unit lagi sedang dibangunkan oleh jabatan dan agensi kerajaan persekutuan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mahathir Mohamad , Idris Haron , BR1M

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan