Desas-Desus Keluar BN Hanya Taktik Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 5:05 PM

Ramlee Marahaban

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Desas-desus mengenai anggota Umno dan partikomponen Barisan Nasional (BN) keluar daripada parti beramai-ramai di Sabah sejak kebelakangan ini, hanya taktik pembangkang meraih perhatian dan undi.

Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Ramlee Marahaban berkata, desas-desus yang disebarkan itu adalah tidak bertanggungjawab dan hanya propaganda dimainkan dalam perhimpunan-perhimpunan anjuran pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Tidak dinafikan ada yang keluar (daripada parti) tetapi tidaklah sampai cawangan Umno itu bubar dan secara beramai-ramai...(taktik pembangkang) ini hanya untuk mendapat sambutan daripada kawasan-kawasan lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus anggota BN keluar parti di beberapa daerah di negeri ini.

Terbaharu, 2,000 anggota Umno Bahagian Pensiangan dikatakan keluar parti dan menyertai Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal, namun perkara itu dinafikan Ketua Penerangannya, Sakim Ibrahim. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Desas-Desus , Keluar Umno , Sabah

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan