Semak Undang-Undang Siber Untuk Rangsang Ekonomi - Salleh

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 3:13 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua undang-undang berkaitan siber di Malaysia sedang disemak semula dan diteliti secara lebih menyeluruh ke arah membangunkan ekonomi Internet di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bagi mewujudkan persekitaran ekonomi Internet yang mampan, pengguna sendiri mesti mempunyai keyakinan terhadap rangkaian.

Malah kata Salleh, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 telah disemak semula sejak 18 bulan lepas dengan tujuan menambah baik persekitaran dalam talian.

"Antara pertimbangan yang dibuat semasa semakan semula ialah keperluan membangunkan platform saling beroperasi dan pembolehan bagi meningkatkan jumlah transaksi digital dan memanfaatkan data sebagai sumber. Platform sedemikian termasuk sistem pembayaran, pengesahan identiti, perkhidmatan awan dan analisis data besar.

"Semakan semula juga mengambil kira keperluan meningkatkan keselamatan dan membangunkan kepercayaan lebih baik dalam rangkaian sedia ada memandangkan lebih banyak transaksi akan mengundang lebih banyak risiko," katanya dalam blog beliau pada Sabtu.

Mengenai status semasa AKM 1998, Salleh berkata semakan semula telah siap dan pindaan yang dicadang akan dibentangkan dalam masa terdekat selepas kajian semula semua undang-undang berkaitan selesai.

"Pada awalnya pindaan-pindaan tersebut sepatutnya dibentangkan setahun lalu, namun memandangkan undang-undang lain juga sedang disemak semula dan undang-undang baharu akan diperkenal, terutama dalam bidang keselamatan siber, pindaan AKM 1998 ditangguhkan agar semua dapat diteliti secara kolektif," katanya.

Salleh turut melahirkan keyakinan pendekatan menyeluruh serta pindaan yang dicadangkan terhadap AKM 1998 itu akan membawa kepada persekitaran dalam talian yang lebih sihat selain membantu menggalakkan lebih banyak transaksi digital. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: undang-undang siber , Salleh Keruak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan