Beberapa Pejabat Tourism Malaysia Di Luar Negara Akan Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG RENGAS: Sekurang-kurangnya empat pejabat Tourism Malaysia di luar negara akan ditutup serta-merta tahun ini berikutan pemberhentian perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) di situ.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata antara pejabat terlibat adalah New York, Amerika Syarikat; Perth, Australia; Stockholm, Sweden dan Johannesburg, Afrika Selatan. 

"MAB menghentikan perkhidmatan penerbangan mereka di bandar-bandar ini. Kalau Tourism Malaysia terus beroperasi dan teruskan promosi tapi kapal terbang tiada, ia akan jadi agak sukar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Anggota Parlimen Padang Rengas Bersama Rakyat di Dewan Kampung Tanah Merah di sini, Sabtu.

Mohamed Nazri berkata dengan penutupan pejabat Tourism Malaysia itu, pihaknya akan memberi fokus kepada pejabat lain sedia ada di Eropah selain merancang pembukaan pejabat baharu di China dan India.

"Fokus kita akan diberi di negara besar di Eropah yang ramai pelancong berkunjung ke Malaysia setiap tahun. Mengikut statistik 2015, pelancong dari Britian adalah seramai 400,000, Jerman (40,000) dan Perancis (50,000)," katanya.

Menjelas lanjut Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata dengan penutupan pejabat pelancongan di bandar tersebut, ia dapat menjimatkan kira-kira RM4.5 juta kos operasi setahun. 

Selain itu, beliau berkata pemberhentian perkhidmatan penerbangan di beberapa bandar besar Eropah oleh MAB kerana penstrukturan semula syarikat penerbangan berkenaan, menjejaskan jumlah pelancong antarabangsa ke Malaysia.  

"Tahun lepas kita menganggarkan 30.3 juta pelancong luar negara dan perbelanjaan sebanyak RM103 bilion tapi kita tidak berjaya mencapai sasaran itu disebabkan beberapa faktor, namun faktor paling ketara adalah tiada penerbangan.

"Sebab kalau pelancong antarabangsa nak datang ke sesebuah negara mereka akan cari syarikat penerbangan negara itu sebagai contoh kalau nak ke Malaysia, mereka akan pilih MAS (kini MAB)," katanya. 

Mohamed Nazri dalam pada itu berharap kerajaan akan terus memberi dana bagitujuan promosi pelancongan di luar negara. 

Menurutnya negara lain akan terus membuat promosi dan Malaysia akan ketinggalan jika tidak berbuat demikian. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan