Perintah Berkurung Esszone Dilanjut

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 1:05 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada Sabtu dilanjut sehingga 30 Januari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata ia yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung dikenakan bagi memastikan kawasan perairan Sabah tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta kedatangan pelancong luar negara di pulau-pulau peranginan.

Ini susulan kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan penjenayah dari selatan Filipina yang melakukan penculikan untuk mendapat wang tebusan masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Esszone

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan