Mara Akur Dengan Arahan Menteri KKLW - Annuar

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 5:18 PM

Annuar Musa (kiri) menyampaikan bantuan kepada sebahagian 400 pelajar pada program Back To School di Dewan Ghaffar Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akur dengan arahan supaya agensi itu dan anak syarikatnya menangguhkan sebarang bentuk penajaan melainkan yang berkaitan pendidikan tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan memberi kerjasama terhadap arahan yang dikeluarkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu.

"Saya juga akan memberikan maklum balas serta laporan kepada menteri,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan 2017 di Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala, Melor, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas arahan Ismail Sabri yang dilapor mahukan dua agensi di bawah kementeriannya, Universiti Kuala Lumpur dan Mara, menangguhkan sebarang bentuk penajaan tidak berkaitan pendidikan tahun ini.

Arahan itu dikeluarkan susulan laporan yang mendakwa dua agensi itu menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Sementara itu Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan mengesahkan tiga pemain import bakal beraksi dengan pasukan The Red Warriors musim ini.

Mereka ialah Mohammed Ghaddar dari Lubnan, Okiki Afolabi (Nigeria) dan Cedric Djeugoue (Cameroon), katanya. -Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan