Ku Nan Percaya BN Sarawak Bertambah Kuat Di Bawah Abang Jo

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 1:07 PM

Tengku Adnan Mansor

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yakin BN Sarawak akan bertambah kuat dan maju di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Tengku Adnan berkata beliau juga percaya Abang Johari akan meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Abang Johari dan saya percaya beliau dapat melaksanakan apa yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Adenan.

"Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Adenan dan saya hanya boleh mendoakan semoga roh kawan baik saya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Putrajaya, di sini pada Sabtu.

Abang Johari atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching, Sarawak pada 4.10 petang Jumaat.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata BN juga telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu berikutan kematian Adenan yang merupakan penyandang kerusi.

"Kita sedang menunggu apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. BN pusat dan negeri telah bersedia untuk PRK jika diadakan," katanya.

Allahyarham Adenan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, mempertahankan DUN Tanjong Datu dengan majoriti 5,892 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat Jazokipli Numan pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, Mei tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan