Isu Rohingya Perlu Ditangani Segera Elak Dieksploitasi Militan - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 1:08 PM

Hishammuddin menyampaikan geran tanah para peneroka pada Majlis Penyerahan Geran Tanah Felda Ulu Penggeli dan Felda Kahang Barat di Masjid Al Maghrifah Felda Ulu Penggeli pada Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu etnik Rohingya perlu ditangani segera bagi mengelak mereka dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, terutama militan.

Katanya susulan usaha habis-habisan pihak barat dalam menentang gerakan militan di Syria dan Iraq, kumpulan itu dilihat terpaksa mencari kawasan lain untuk berlindung.

"Saya bimbang mereka (pengganas) ini akan cepat cari tempat perlindungan di luar Syria dan Iraq, dan kebimbangan saya kalau tak di selatan Thailand dan selatan Filipina, (mereka akan) ke kawasan Rohingya iaitu di Rakhine," katanya kepada pemberita di Felda Ulu Penggeli, di sini Sabtu.

Hishammuddin berkata beliau bimbang penindasan yang berlaku ke atas Rohingya akan memaksa golongan itu berpaling kepada kumpulan militan Daesh untuk sokongan.

Katanya jika itu berlaku, akan timbul isu lebih berat termasuk mewujudkan ketidakstabilan di rantau ASEAN.

"Kita tahu bahawa Abu Sayyaf dan kumpulan-kumpulan pengganas lain sudah berbai'ah dan berikrar sokongan kepada Daesh dan apabila mereka (Daesh) gagal di Syria dan Iraq, mereka terpaksa cari kawasan perlindungan lain atau mewujudkan wilayah Islamiyah di tempat-tempat lain, tidak ada sebab untuk kita terkecuali daripada perancangan mereka," kata Hishammuddin.

Beliau berkata sehubungan itu usaha proaktif kerajaan perlu diteruskan selain menjangka kawasan-kawasan yang mungkin disasarkan oleh pihak militan agar ideologi mereka dapat dikekang.

Kata beliau kementeriannya bekerjasama rapat dengan Indonesia dan Filipina bagi mendepani ancaman militan.

"Kita kena bekerjasama rapat, tidak boleh bekerja dalam silo (berasingan) dan kita kena berdepan dengan mereka habis-habisan," katanya.

Terdahulu, Anggota Parlimen Sembrong itu menyampaikan geran tanah kepada warga Felda di Sembrong merangkumi 60 peneroka dari Felda Ulu Penggeli dan 24  dari Felda Kahang Barat.

Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata beliau berharap pemilikan tanah itu akan menjadi penambah semangat kepada peneroka untuk terus meningkatkan hasil dan seterusnya membaiki taraf hidup mereka.

Sebanyak 984 peneroka Felda di Sembrong menerima geran tanah masing-masing setakat ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rohingya , militan , Hishammuddin Hussein

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan