PPBM Dilancar Secara Rasmi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 11:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilancarkan secara rasmi oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

Dalam ucapan perasmiannya, bekas Perdana Menteri itu berkata pilihan raya umum akan datang menyaksikan pembangkang bertanding di bawah satu lambang dan satu manifesto.

"Kami juga akan bertanding dengan seorang calon bagi setiap kawasan.

"Semua parti komponen akan berdiri teguh di belakang setiap calon," katanya ketika berucap di Stadium Malawati Shah Alam Sabtu malam.

Pelancaran itu dihadiri presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengetuai koir nyanyian lagu kebangsaan pada awal perasmian.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Tags / Kata Kunci: Parti Pribumi Bersatu Malaysia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan