China Sedia Pindahkan Teknologi Kawalan Sempadan Kepada Malaysia - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUNMING: China menyatakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadannya kepada Malaysia bagi membantu negara memantapkan lagi kecekapan agensi berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada China, terutama di Wilayah Yunnan yang mengawasi sempadan dengan negara jirannya Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060 km.

Beliau berkata Malaysia akan menghantar sekumpulan 10 pegawai dari pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dalam tempoh dua bulan lagi untuk mendalami prosedur operasi standard kawalan sempadan China.

Pasukan itu akan diketuai oleh Ketua Pengarah MKN Tan Sri Jen (B) Zulkifeli Mohamad Zin, katanya kepada anggota media Malaysia sejurus selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Awam Yunnan Guo Bao di sebuah hotel di sini pada Sabtu, hari kelima lawatan kerja beliau ke China.

"Perbincangan dengan pihak berkuasa di Wilayah Yunnan hari ini meliputi perincian dan bersifat operasi, dalam tiga isu utama yang perlu 'diperoleh' oleh pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan Malaysia iaitu soal kawalan keselamatan, kemasukan dadah dari negara segi tiga emas dan isu keganasan," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga perkara itu akan dipelajari sepenuhnya kerana Malaysia dan Yunnan mempunyai permasalahan berkaitan isu sama.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya mengemukakan tujuh cadangan baharu kepada MKN untuk dibincangkan dan dilaksanakan dalam memperkasa kawalan sempadan termasuk pakej kewangan.

Beliau berkata perbincangan mengenainya akan diperincikan lagi selepas kumpulan pegawai berkenaan kembali daripada latihan di China.

"Pada hemat saya perkara yang berkaitan dengan sempadan ini bukan hanya berkaitan dengan kawalan tembok secara fizikal sahaja, tapi mesti punyai satu sistem integrasi khusus termasuk teknologi terbaharu dan beberapa pendekatan saintifik yang dicadangkan pihak Yunnan," katanya.

Beliau memberi contoh sistem kawalan negara di sempadan Thailand ketika ini yang lebih berupa pagar berduri atau tembok semata-mata berbanding China yang menggunakan teknologi dron, satelit dan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi.

"...kita tidak ada semua ini (teknologi canggih China), mungkin perbelanjaan terlalu mahal. 

"Dengan adanya perbincangan dengan China sebegini mungkin kita boleh berbincang soal pemindahan teknologi, mungkin boleh buat secara BLMT (bina, pajak, urus dan pindah) dengan beberapa agensi di China dengan kolaborasi agensi di Malaysia, nanti kosnya mungkin boleh dikurangkan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan