Bekas Pemimpin Perlu Kekalkan Prinsip Silaturrahim - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 9:28 PM

Dr Rais Yatim (kanan) turut menyertai acara mengoca sempena Pesta Menuai dan Mengoca (menangkap) Ikan 2017 anjuran Yayasan Budi Bersama Masyarakat Kampong Gagu dekat pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Bekas pemimpin negara perlu mengekalkan prinsip silaturrahim dengan kepimpinan semasa, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan TanSri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata mereka perlu sedar bahawa ketika mereka berkuasa, mereka juga disayangi, disanjungi dan dihormati dan kini giliran mereka pula untuk mengamalkan prinsip serupa, atau setidak-tidaknya mengekalkan prinsip bersilaturrahim itu.

"Sekarang (bila) kita sudah keluar (tidak lagi berkuasa), mesti ada prinsip sekurang-kurangnya bersilaturrahim.

"Dulu, bila kita menjadi pemimpin utama dan (kini) bila sudah tidak jadi pemimpin utama lagi, kita harus hormat kepada pemimpin yang sedang berkuasa,"katanya katanya ketika berucap merasmikan program Pesta Menuai dan Mengoca (menangkap) Ikan 2017 di Kampung Gagu di sini, Sabtu.

Rais yang berpengalaman lama dalam politik dan kabinet menegaskan politik tidak harus menjadi punca perpecahan antara bekas pemimpin dan pemimpin sedia ada ia hanya merugikan rakyat dan negara.

Semasa bercakap kepada pemberita kemudian, beliau turut melahirkan harapan agar bekas pemimpin yang berkrisis dengan kepimpinan negara ketika ini dapat kembali bersalaman dan mengikat semula silaturahim.

"Tak rugi kalau minum teh balik, silaturrahim itu yang penting,"katanya. -Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan