Walaupun Beberapa Jam Terakhir Hayatnya, Adenan Masih Fikir Negeri Sarawak Tercinta - Anak Perempuan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING:  Walaupun dalam beberapa jam terakhir semasa tidur di atas katil hospital, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sentiasa memikirkan mengenai negerinya yang tercinta.

Ketua Menteri Sarawak yang kelima itu meminggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan akibat komplikasi jantung Rabu lepas, dua minggu sebelum menyambut hari lahirnya ke-73.

Menerusi posting dalam Facebook pada Sabtu, anak perempuan sulungnya, Rafidah menceritakan bahawa bapanya kelihatan lemah apabila beliau tiba dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama ayahnya dalam beberapa hari hayatnya di hospital.

Tetapi pada hari berikutnya, beliau kelihatan lebih baik dan selepas didiagnosis oleh doktor, kami menyangka keadaannya akan pulih.

"Pada malam terakhir hayatnya di dunia ini, saya bersendirian bersama bapa saya, duduk di sebelah katil bersama dua jururawat yang bertugas duduk di atas meja berhampiran. Kami tidak tahu bahawa malam itu ialah malam terakhirnya.

"Jika kami tahu, seluruh ahli keluarga tentu berada di sana.

"Saya tidak akan melupakan malam itu. Malam itu sangat tenang," kata beliau menerusi cacatan itu.

"Bunyi pernafasannya berkali-kali diganggu oleh bunyi mesin yang digunakan untuk mengepam tilam udara yang beliau tidur. Beliau kelihatan begitu tenteram dan tenang dan saya tidak berhenti-henti merenungnya.

"Beberapa kali beliau bangun dan mengubah kedudukannya di atas katil.

"Saya menyesuaikan ketinggian di atas katil dan menggosok belakangnya untuk memastikan beliau lebih selesa dan dapat tidur nyenyak," kata beliau.

Sekejap-kejap, Rafidah berkata beliau akan meminta air bagi bapanya untuk menghilangkan dahaga.

"Beberapa kali beliau akan menggomel semasa tuidur. Seiap kali, ia berkaitan dengan kerja, seperti '... ini tidak berperlembagaan dan ada pada satu ketika beliau menggomel, "Saya mempunyai komitmen esok..."

"Malah dalam beberapa jam terakhir beliau aysik memikirkan mengenai negerinya, Sarawak yang tercinta," kata Rafidah.

Beliau berkata dedikasi bapanya kepada Sarawak tidak unik kerana semua anak jati sarawak mempunyai berdedikasi kepada negeri mereka.

"Tetapi kedudukan yang kuat untuk merundingkan masa depan yang lebih baik untuk Sarawak dan anak jati Sarawak adalah berdasarkan kejujuran dan integriti beliau.

"Beliau melihat latar belakang kita yang berbilang kaum sebagai satu kekuatan, peluang dan bukan  satu halangan. Beliau berpendapat bahawa sesiapa yang mahu satu kaum itu maju dengan mengenepikan kepeintingan kaum lain tidak dialu-alukan di negeri ini.

Rafidah berkata bapanya menyifatkan hutan Sarawak sebagai satu anugerah yang perlu dilindungi kerana sekali musnah, alam semula jadi tidak lagi akan kembali kepada keadaan asalnya.

Beliau berkata ayahnya juga melihat manfaat pembelajaran dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan rakyat Sarawak akan mendapat banyak manfaat jika mereka boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa global itu.

Rafidah berkata ayahnya sentiasa bersabar dan enggan tunduk kepada"pemikiran yang pahit dan tidak sihat" jika apa-apa perkara tidak selari dengan kehendaknya.

"Beliau banyak membaca dan mencadangkan semua orang untuk membaca dan membaca dan membaca.

"Beliau sentiasa mengelakkan godaan dan tidak mengamalkan sikap double standard.

"Allahyarham adalah seorang ahli politik yang jujur ​​dan telus dan sering berkata jika ahli politik tidak mahu membantu rakyat, beliau tidak harus menjadi seorang ahli politik," katanya.

Beliau enggan mengambil bahagian dalam politik murahan. Beliau enggan mempolitikkan isu sosial, kebudayaan dan agama untuk kelebihan beliau," kata Rafidah.

Tetapi beliau adalah seorang ayah yang sempurna.

"Berprinsip, boleh dipercayai, jujur, baik hati dan kadang-kala marah tetapi dalam hatinya, beliau seorang yang lembut dan penyayang.

"Saya terrasa kehilangan sesuatu yang besar dalam hati saya tetapi Alhamdulillah saya berasa tenang dalam solat dan percaya kita semua akan bersama-sama suatu hari nanti."

Rafidah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pakar, doktor dan jururawat dan lain-lain yang membantu bapanya atas sikap mereka yang dedikasi.

"Anda telah mencuba yang terbaik dan untuk itu saya terhutang budi. Allah yang menentukannya. Dan kepada semua rakyat Sarawak juga, terima kasih untuk semua ucapan dan penghormatan kepada ayah saya," katanya.-Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan