Serangan Davao City: Anak Lelaki Pemimpin MNLF Ditahan Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 8:13 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak lelaki kepada pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) kini ditahan di Malaysia berkaitan insiden pengebomban di Davao City pada September tahun lalu.

Menurut laporan VERA Files, Datu Mohammad Abduljabbar Sema, 26, ditahan pada 24 November tahun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Bangkok.

Datu Mohammad merupakan anak kepada Muslimin Sema, pengerusi MNLF dan Bai Sandra Sema, ahli kongres wanita daerah pertama Maguindanao.

VERA Files yang ditubuhkan pada Mac 2008 diterbitkan oleh wartawan Filipina untuk mengupas secara lebih mendalam mengenai isu semasa di negara itu.

Datu Mohammad yang juga ilmuwan Islam berlepas ke Bangkok dan tiba dari negara itu semasa mahu meninggalkan Kemboja.

Namun, ketika visa kemasukan secara percuma selama 30 hari miliknya hampir tamat, dia berlepas ke Malaysia dengan niat untuk kembali ke Thailand selepas tiga hari.

Dia kemudiannya ditahan sebaik tiba di Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah tahanan Malaysia di satu lokasi yang dirahsiakan.

Muslimin Sema merupakan bekas Datuk Bandar Cotabato City dan dianggap sebagai anggota Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro.

Ibunya tergolong dalam suku Sinsuat yang berpengaruh di Maguindanao.

VERA Files berkata ibu Datu Mohammad sedang menuntut pembebasan anak lelakinya itu menerusi proses pengampunan daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte manakala bapanya meminta bantuan Penasihat Presiden berkaitan Proses Damai, Jesus Dureza.

Kerajaan Filipina pada bulan lalu menghantar wakil penguatkuasaan undang-undang ke Malaysia untuk merakam keterangannya.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Filipina, Lorenzana berkata Filipina akan memohon perintah tahanan terhadap Datuk Mohammad.

"Sudah tentu, sudah tentu, kami akan memohon supaya dia boleh dibawa pulang ke negara ini," kata Lorenzana.

VERA Files turut berkata sumber polis Filipina enggan memperincikan peranan Datu Mohammad dalam insiden pengeboman di Davao City.

Lebih 12 suspek terlibat dalam serangan di pasar malam Davao City yang meragut 15 nyawa dan mencederakan 69 yang lain.

Tujuh suspek sudah ditahan di Filipina tidak termasuk Datu Mohammad.

Tiga suspek ditahan pada 4 Oktober manakala empat yang lain pada 29 Oktober lalu.

Kesemua suspek dipercayai ahli Kumpulan Maute.



Tags / Kata Kunci: MNLF , Datu Mohammad , serangan bom

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan