SMC Cadang Stadium Tertutup Sibu Dinamakan Sempena Adenan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (SMC) mencadangkan untuk menamakan Stadium Tertutup Sibu bersempena nama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Pengerusinya, Datuk Tiong Thai King berkata ia sebagai mengenang jasa dan sumbangan yang diberikan ketua menteri itu kepada rakyat Sarawak.

"Stadium itu bukan di bawah bidang kuasa SMC tetapi kami akan bawa cadangan ini kepada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak sedikit masa lagi," katanya.

Thai King yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Dudong ditemui selepas mengetuai warga kerja SMC menandatangani buku ucapan takziah pemergian Allahyarham pada Rabu, di Dewan Suarah Sibu, Jumaat.

Ruangan bagi memberi penghormatan dan merakamkan takziah itu dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi sehingga 9 malam selama dua hari bermula hari ini.

Turut hadir pada upacara itu ialah Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee dan Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SMC , Adenan Satem

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan