Najib Yakin Abang Johari Dapat Teruskan Legasi Adenan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 6:33 PM

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg,66, menandatangani surat watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di Petra Jaya, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Perdana menteri berkata ia termasuk membawa Sarawak terus maju dan kekal makmur. 

"Tahniah atas pelantikan dan selamat bertugas sebagai ketua menteri Sarawak," kata Najib dalam catatan di Facebook dan Twitter.

Abang Johari, 66, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching petang Jumaat.

Beliau menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.

Abang Johari merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sarawak , Abang Jo , Adenan Satem

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan