Jabatan Peguam Negara Kekal Teguh Sekalipun 'Diserang' Hebat - Apandi

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 7:11 PM

Mohamed Apandi Ali.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Katanya, AGC dibadai serangan dan tanggapan berat sebelah dalam tempoh 12 bulan lalu dengan komitmen dan usaha jabatan untuk menegakkan pelaksanaan pengadilan yang cekap dan saksama di Malaysia dipersoal.    

"Akan tetapi seperti kata-kata orang bijak pandai, 'seseorang tidak boleh mengawal orang lain, tetapi ia boleh mengawal reaksinya kepada mereka'.

"Begitulah cara jabatan ini mendepani cabaran-cabaran itu," katanya dalam ucapan pada pembukaan tahun perundangan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah Be T. Loth Khan yang turut memaklumkan Mohamed Apandi tidak dapat hadir ke majlis itu disebabkan komitmen tugas yang dirancang lebih awal.

"Walaupun teruk kami diserang, Jabatan Peguam Negara tidak goyah," kata Mohamed Apandi.

Beliau berkata, AGC berjaya mengharungi gelora cabaran 2016 dengan yakin dan tenang bersandarkan kerja-kerja dan semangat sepasukan yang hebat.

Katanya, inti pati slogan baharu AGC 'Bertekad Menegakkan Keadilan' dipegang oleh pegawai jabatan dalam apa juga situasi dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menegakkan keadilan dan mempertahankannya tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

Mohamed Apandi berkata, dua prinsip utama yang diterap dalam slogan baharu AGC akan membimbing beliau dan rakan sekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai undang-undang kerajaan.

Beliau berkata, siri-siri perubahan ketara dan penambahbaikan telah dilaksana sejak tahun lepas dan akan diteruskan di jabatannya untuk empat tahun akan datang menerusi Pelan Strategik Jabatan Peguam Negara 2016-2020 yang dilancar Mei lalu. 

"Proses-proses kerja sedang ditambah baik dan piawaian kualiti kerja dinaikkan," katanya.

Mohamed Apandi berkata, keutamaan AGC ialah integriti dan jabatan itu telah melancarkan pelan lima tahun dikenali Pelan Integriti AGC 2016-2020 dengan sasaran menjadikan AGC sebagai organisasi bereputasi baik dari segi tadbir urus dan integriti.

Beliau juga berkata, beberapa siri program diatur untuk memupuk etika dan amalan baik dalam kalangan pegawai dan staf.

Mohamed Apandi berkata, semakan semula proses-proses kerja bersama-sama pemantauan yang konsisten sedang diteliti bagi meminimumkan peluang korupsi dalam kalangan pegawai AGC. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohamed Apandi Ali

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan