HKL Nafi Hidang Roti Berkulat Kepada Pesakit

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan ia menghidangkan roti berkulat kepada pesakit di wad ortopedik hospital berkenaan seperti yang ditularkan di laman sosial, Ahad lepas.

HKL, dalam kenyataan pada Jumaat, berkata gambar pesakit sedang memegang roti yang berkulat dalam Facebook itu adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, sebaik menerima aduan daripada waris pesakit bahawa roti tersebut berkulat, pihak wad terus membuat pemeriksaan dan didapati roti berkenaan masih tidak luput tarikhnya, masih berbungkus dan tidak berkulat.

"Penjelasan lanjut telahpun diberikan kepada pihak waris bahawa tompokan kuning pada roti adalah ibu roti (yis) yang tidak diadun rata bancuhannya.

"Pesakit juga telah diberikan roti lain sebagai hidangan menggantikan roti tersebut," menurut kenyataan itu.

HKL menjelaskan bahawa pihak hospital telah mengarah Jabatan Dietetik dan Sajian HKL untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden tersebut termasuk membuat pemeriksaan bekalan roti di wad dan juga stok roti di jabatan berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: HKL

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan