COO Kumpulan AirAsia, Anaz Ahmad Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia mengesahkan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan syarikat itu, Anaz Ahmad Tajuddin meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Anaz Ahmad yang berusia 43 tahun meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi selepas sekian lama menghidap penyakit kanser.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhah, Kota Seriemas, Negeri Sembilan.

Sebelum itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Kuaters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, selepas solat Jumaat untuk disembahyangkan.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Anaz Ahmad , kanser

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan