Dapat Tawaran MRSM, Anak Pasangan Buta Mahu Jadi Doktor

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Takdir telah menentukan pelajar ini dilahirkan dengan ibu bapa cacat penglihatan, tetapi kekurangan itu sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk dirinya menggapai cita-cita bergelar seorang doktor.

Selepas mendapat 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, kini Aliah Maisarah Md Akir, 13, boleh terus merencana masa depannya apabila beliau diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Lebih manis lagi apabila surat tawaran kemasukan MRSM diserahkan sendiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, di sini, Jumaat.

"Sebelum ini saya terima tawaran dari Sekolah Menengah Sains Muar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki tapi saya tak pergi sebab memang tunggu nak masuk MRSM.

"Bila dapat tahu saya diterima, memang seronok sebab menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) sendiri yang bagi surat tawaran," katanya selepas menerima surat tawaran untuk mendaftar di MRSM Alor Gajah, Melaka.

Aliah Maisarah, yang ibu bapanya masing-masing bertugas sebagai operator telefon di Star Media Group, Petaling Jaya dan bangunan Perkeso, Jalan Ampang berkata beliau menyimpan keinginan meneruskan pembelajaran di MRSM kerana yakin dengan rekod dan kemudahan yang ditawarkan.

"Saya tengok bila pelajar keluar MRSM, ramai yang berjaya, selain kemudahan lengkap dan suasana yang selesa untuk belajar," kata bongsu daripada tiga beradik ini.

Berazam untuk mengubah nasib keluarga sejak kecil lagi, tidak hairanlah apabila beliau mempunyai alasan sendiri apabila berazam menjadi seorang pakar mata atau pakar jantung.

"Saya sudah rasa macam mana perasaan bila mak ayah tak nampak, jadi saya nak bagi sokongan kepada orang lain, sama ada anak atau ibu bapa (senasib), saya nak tolong rawat atau beri bantuan lain yang boleh," katanya.

Sementara itu, bapanya Md Akir Jaidin, 50, berkata beliau tidak dapat menggambarkan kegembiraannya apabila anak bongsunya itu telah menghadiahkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan lalu.

"Saya gembira, tambahan pula bila dapat perhatian pemimpin yang hari ini membuat kejutan.

"Saya memang terkejut dengan kehadiran Datuk Seri Ismail Sabri bersama angkatan Mara yang beri sumbangan dan bantuan sebagai pendorong kepada anak saya," katanya.

Ditanya bagaimana beliau mendidik dan memantau pembelajaran anaknya, beliau berkata lebih suka memberi teguran secara lembut.

"Di rumah dia macam biasa, tengok TV,  kawan melompat dia pun ikut sama melompat.

"Bila saya suruh belajar, dia kata telah habiskan belajar di sekolah dan mahu rehat di rumah. Bila saya fikir balik, betul juga," katanya sambil menambah anaknya itu tidak dihantar ke kelas tambahan.

Ibu Aliah Maisarah, Paizun Mat Jari, 50, berkata dengan kekurangan yang ada pada dirinya dan suami, beliau hanya mampu memberi nasihat dan peringatan kepada tiga anaknya.

"Saya sentiasa ingatkan mereka, solat jangan tinggal, ingat masa depan sebab kami tak mampu bagi harta yang banyak, hanya dapat bagi ilmu," katanya.

Dalam pertemuan selama kira-kira 45 minit itu, Ismail Sabri berjanji untuk terus memberi bantuan kepada Aliah Maisarah sehingga ke peringkat pengajian tinggi jika beliau menunjukkan kecemerlangan.

Malah, beliau turut berjanji akan mempertimbangkan biasiswa Mara kepada kakak Aliah Maisarah, Anis Rafidah, 20, yang sedang belajar di Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan ekonomi antarabangsa.

Selain surat tawaran, beliau juga menyerahkan sumbangan wang tunai dan peralatan sekolah daripada Yayasan Pelajaran Mara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan