UM Tidak Naikkan Yuran Pengajian

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 9:05 AM

Universiti Malaya. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahasiswa di Universiti Malaya (UM) boleh menarik nafas lega apabila pihak universiti memberikan jaminan tidak akan menaikkan yuran pengajian walaupun berdepan pemotongan bajet tahunan.

Naib Canselor UM, Tan Sri Prof Dr Mohd Amin Jalaludin, dalam temu bual berkata yuran pengajian hanya menyumbang peratusan kecil untuk bajet operasi UM.

"Tidak ada keuntungan besar yang boleh diperolehi daripada kenaikan yuran," katanya.

Kerajaan komited untuk memastikan yuran pengajian mampu dibayar dapat diteruskan, menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Bagi kursus-kursus tertentu di UM, lebih 80 peratus dari yuran pengajian disubsidikan oleh kerajaan.

Surat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam ijazah Sarjana Muda bidang perakaunan, bertarikh Ogos 2016, menunjukkan bahawa yuran pengajian semester pertama adalah RM4,774.50 tetapi pelajar hanya perlu membayar RM810.

Seorang pelajar pasca siswazah UM, yang hanya mahu dikenali sebagai Jeron, 22, berkata, kursus ijazah sarjana muda di sebuah universiti swasta di Lembah Klang memerlukan kos kira-kira RM15,000 setiap semester.

Tetapi ijazah sarjana dalam pengajian pembangunan di UM hanya menelan kos RM13,000 untuk keseluruhan kursus.

Sunday Star sebelum ini melaporkan bahawa pembiayaan kerajaan untuk UM telah dipotong dari RM174 juta pada 2016 kepada RM93 juta tahun ini.

UM kemudian bertindak balas, menyatakan bahawa ia mempunyai rancangan sendiri untuk menjana lebih dari RM700 juta melalui inisiatif dalaman, pelaburan dan perkongsian dengan sektor korporat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan