Peruntukan RM10.85 Juta Pulih Kualiti Air Sungai Batu Ferringhi

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 1:43 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri (tiga, kiri) membuat lawatan di sekitar projek pemuliharaan dan pembaikan kualiti air laut pantai Batu Ferringhi selepas merasmikannya, Khamis. Projek itu merupakan projek memulihara pantai dan kualiti air laut merangkumi dua buah terowong air di sepanjang 120 Meter bagi Sungai Batu Ferringhi dan Sungai Satu serta penambakan pantai di sepanjang 800 Meter dengan lebar 30 Meter. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukkan RM10.85 juta untuk kerja-kerja pemulihan kualiti air di Sungai Batu Ferringhi dan RM2.2 juta bagi pembinaan struktur tanah lembap di Sungai Satu, di sini.

Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya turut menubuhkan pasukan khas bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Jabatan Kesihatan bagi menyelesaikan isu pencemaran di Sungai Batu Ferringhi.

"Pantai Batu Ferringhi adalah nadi utama kepada negeri Pulau Pinang dan merupakan pantai yang paling popular di Malaysia dan di Asia amnya.

"Pada tahun 2014, negara dikejutkan dengan isu pencemaran di pantai Batu Ferringhi dan kerajaan persekutuan memandang serius isu ini," katanya dalam teks ucapan pada perasmian projek pemuliharaan pantai dan pembaikan kualiti air laut di Sungai Batu Ferringhi, di sini Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri.

Pada Februari 2014, akhbar melaporkan sebahagian air laut di pantai itu bertukar menjadi hitam, dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

Wan Junaidi berkata projek itu adalah sebuah projek yang unik kerana struktur 'outfall' (terowong air) dan 'wetland' (tanah lembap) itu merupakan struktur pertama seumpamanya dibina di negara ini.

"Dengan adanya struktur 'outfall' dan 'wetland' ini masalah seperti pencemaran sungai dan pantai di Batu Ferringhi, penutupan muara sungai dan hakisan pantai dapat diselesaikan di samping memulihara sungai dan pantai sedia ada di Batu Ferringhi," katanya.

Sementara itu pada sidang akhbar selepas majlis itu, Hamim berkata Sungai Batu Ferringhi telah 90 peratus bebas daripada bakteria e-coli dan selamat untuk pengunjung menjalankan aktiviti pantai.

Beliau berkata pihak JPS telah mengambil sampel air di sungai itu enam kali setahun bagi memastikan ia bebas daripada elemen bakteria itu.

Dalam pada itu, Hamim berkata projek pemuliharaan Sungai Batu Ferringhi itu akan menjadi projek contoh bagi sungai yang mengalami masalah pencemaran yang sama.
Tags / Kata Kunci: Sungai Batu Ferringhi , kualiti air , JPS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan