Orang Ramai Terus Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ketua Menteri

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 10:52 AM

Puan Sri Jamilah Anu ketika mengiringi keranda suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Pusat Jantung Kota Samarahan, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, dekat sini.

Mereka hadir sejak awal pagi lagi.

Pasukan pengusung terdiri daripada pegawai serta anggota polis dan tentera membuat persiapan untuk membawa jenazah dari kediaman itu ke Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya, di sini.

Orang ramai dan orang kenamaan masih boleh terus memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di masjid tersebut mulai 10.30 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dikebumikan selepas Zohor.

Adenan meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Kota Samarahan, dekat sini, kira-kira 1.20 tengah hari semalam.

Sementara itu, beberapa ribu orang daripada pelbagai golongan sudah berhimpun di masjid negeri di sini untuk memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Allahyarham Adenan.

Mereka terdiri daripada pemimpin korporat, ketua masyarakat dan wakil daripada persatuan dan badan bukan kerajaan, penjawat awam serta orang ramai.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan