Negara Hilang Pemimpin Berwibawa - Najib

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 8:26 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika menziarahi jenazah Adenan di kediaman Allahyarham di Damai Jaya, Santubong, malam Rabu. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Negara kehilangan pemimpin berwibawa berikutan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi rakyat Sarawak kehilangan tersebut amat dirasai berikutan Adenan seorang ketua menteri yang disayangi rakyat negeri itu.

"Selama tempoh pemerintahan, banyak perubahan telah dilakukannya. Keputusan-keputusan dan sasaran yang dibuat membuatkan rakyat lebih sayang, yakin kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kemuncaknya, pada tahun sudah apabila kerajaan BN menang dengan begitu cemerlang," katanya kepada pemberita di sini malam Rabu.

Terdahulu Najib, dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa hampir 30 minit untuk menziarahi jenazah Adenan di kediaman Allahyarham di Damai Jaya, Santubong.

Mengulas lanjut, Najib berkata secara peribadi beliau kehilangan seorang rakan karib yang rapat dengannya.

"Bukan baru ini tetapi sekian lama saya sudah lihat perjalanan kerjaya beliau waktu senang, susah dan saya akan tetap kenang beliau sebagai seorang sahabat.

"Dan bagi saya dan isteri itu satu kehilangan yang amat dirasai," katanya.

Najib berkata bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia beliau mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.

Adenan, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan di sini, pada pukul 1.24 tengah hari Rabu.

Pada Khamis, Najib dan isteri dijadualkan menghadiri majlis penghormatan terakhir terhadap Adenan di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya pada pukul 10.30 pagi sebelum mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas solat Zuhur.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan