MoF Tolak Sebarang Kemungkinan Pengubahsuaian Bajet

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 7:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menolak sebarang kemungkinan pengubahsuaian bajet meskipun dalam keadaan nilai  ringgit yang lemah berbanding dolar AS ketika ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, tidak perlu pengubahsuaian bajet kerana ekonomi Malaysia akan menyesuaikan diri dengan sewajarnya bagi mengatasi pelbagai rintangan, termasuk nilai ringgit yang lemah.

"Asas-asas ekonomi adalah baik. Kita hanya perlu memberi masa kepada semua orang membuat penyesuaian dan kemudiannya pasaran akan pulih semula dan mata wang akan mengukuh semula," katanya kepada pemberita di luar acara Forum Dana Pelaburan Antarabangsa 2017, di sini, Khamis.

Johari berkata satu daripada faktor yang menyumbang kepada kemerosotan nilai ringgit adalah jangkaan bahawa Donald Trump, bakal Presiden AS akan melaksanakan dasar ekonomi dorongan domestik yang akan membawa kepada kenaikan kadar faedah dalam ekonomi terbesar dunia itu.

"Jika kadar hasil (di sana) meningkat, keseluruhan spektrum pelaburan di Asia akan berubah secara perlahan-lahan kerana orang ramai akan mendapatkan hasil yang lebih baik di Amerika Syarikat," katanya.

Johari juga menolak sebarang spekulasi kerajaan memperkenalkan semula kawalan modal kerana ia tidak selari dengan dasar ekonomi terbuka negara.

"Kita tidak akan melakukan tambatan ringgit dan kita tidak akan mengawal aliran modal kita.

"Kita akan membenarkan mana-mana pelabur yang berhasrat untuk menghantar balik dana mereka dari Malaysia, untuk berbuat demikian," katanya. 

Forum sehari itu, anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia diadakan bersempena dengan pelancaran Pelan Tindakan Pengurusan Pengurusan Dana dan Harta Islam di Malaysia.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: MoF , Johari Abdul Ghani

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan