Jenazah Allahyarham Adenan Dibawa Ke Tanah Perkuburan Samariang

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 1:55 PM

Jenazah Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dibawa meninggalkan Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya menuju ke Tanah Perkuburan Samariang. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jenazah Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dibawa meninggalkan Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya di sini menuju ke Tanah Perkuburan Samariang, di sini.

Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengusung keranda ke dalam van jenazah pada 1.25 tengah hari untuk dibawa ke tanah perkuburan itu, kira-kira dua kilometer dari masjid tersebut.

Orang ramai kelihatan berada di sepanjang laluan untuk terus memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Adenan, 72, yang hampir tiga tahun menjadi ketua menteri, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dekat sini pada 1.24 tengah hari semalam.

Terdahulu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai ribuan jemaah menunaikan solat jenazah selepas solat Zuhur di masjid tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan