Jenazah Adenan Tiba Di Masjid Jamek

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 1:06 PM

Jenazah Tan Sri Adenan Satem diletakkan di pentas khas di tengah-tengah ruang solat Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya untuk membolehkan orang kenamaan dan orang ramai memberi penghormatan terakhir. -fotoTHESTAR/ZULAZHAR SHEBLEE

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jenazah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah tiba di Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya, di sini.

Van yang membawa jenazah tiba di masjid itu pada 10.55 pagi.

Keranda yang membawa jenazah kemudiannya diusung oleh pegawai dan anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia serta polis dan ditempatkan di pentas khas di tengah-tengah ruang solat masjid tersebut untuk membolehkan orang kenamaan dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah dibawa dari kediaman ketua menteri di Damai Jaya, Santubong, kira-kira 30km dari sini.

Orang ramai kelihatan turut berada di sesetengah laluan untuk menyaksikan pergerakan membawa jenazah dan memberi penghormatan terakhir.

"Selamat tinggal hero kami," kedengaran ungkapan yang dilaungkan orang ramai sambil melambaikan tangan ke arah van jenazah tersebut.

Adenan, 72, yang menjadi ketua menteri Sarawak hampir tiga tahun, meninggal dunia di Pusat Jantung Kota Samarahan di sini akibat komplikasi jantung pada 1.24 tengah hari semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan orang berada di masjid itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Menteri-menteri persekutuan dan negeri serta ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri serta tokoh korporat, pemimpin persatuan, badan bukan kerajaan dan rakyat pelbagai lapisan turut berada di masjid itu.

Mereka termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham Adenan turut berada di masjid itu.

Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Jamek Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi pada 11.40 pagi.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang di sini selepas solat Zuhur.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg mengumumkan hari ini sebagai hari kelepasan am bagi Sarawak dan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan