Jenazah Adenan Dikebumikan Hari Ini - Berita Semasa | mStar

Jenazah Adenan Dikebumikan Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 8:41 AM

Keranda jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem ditutup dengan bendera negeri Sarawak sebaik tiba di kediamannya di Damai Jaya dekat Kuching, malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata jenazah Allahyarham akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya pada pukul 10 pagi di mana upacara penghormatan terakhir akan bermula 10.30 pagi hingga 1 tengah hari.

"Orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir dinasihatkan berpakaian gelap," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Sidang media itu turut dihadiri seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abang Johari berkata Khamis juga diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri ini dan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Kota Samarahan.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan