Pegawai Pendidikan Negeri Dipanggil Bantu Siasatan Penipuan Pakej Umrah

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis telah memanggil Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu bersama seorang lagi pegawainya bagi membantu siasatan berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan guru di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya telah merekodkan percakapan Shafruddin Ali Hussin dan pegawainya itu tiga hari lepas. 

"Kita juga menerima bantuan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi mengesan transaksi aliran wang serta aset yang diperolehi daripad suspek," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya, kesemua suspek kini masih dalam tahanan reman bersabit laporan penipuan pakej yang sama dilaporkan di beberapa daerah lain di negeri ini. Setakat ini pihaknya telah menerima lebih 200 laporan polis berhubung penipuan itu di beberapa daerah di Terengganu termasuk Besut, Kuala Terengganu dan Marang. 

Sebelum ini, Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang melibatkan 4,800 orang mangsa dan kerugian berjumlah kira-kira RM14.2 juta. 

Ekoran laporan itu, pada 27 Dis lepas dua orang individu iaitu pengarah dan akauntan NGO berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: umrah , Bukit Aman

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan