Peniaga Berdepan Kemelut Tidak Cukup Pekerja

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 9:52 AM

Datuk R. Ramalingam Pillai (dua, kiri) sedang melayan pelanggan di restorannya di Petaling Jaya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bukan sesuatu yang mudah jika seorang pengusaha restoran India Muslim tempatan terpaksa menutup lapan buah restoran yang dimilikinya dalam masa tiga tahun.

Pemilik yang tidak mahu dikenali itu berkata, beliau kini hanya menjalankan satu perniagaan di sebuah restoran di Shah Alam dengan 12 pekerja, tetapi kesukaran tetap timbul kerana pekerja masih tidak mencukupi.

"Kadang-kadang, saya terpaksa minta tiga anak yang masih bersekolah untuk bantu saya. Kami benar-benar tak cukup pekerja," katanya.

Beliau tidak faham mengapa kerajaan perlu membekukan pengambilan pekerja asing yang amat penting untuk perniagaan kedai makan.

Katanya, restoran mamak menampung lebih 60 peratus pelanggan di kalangan golongan berpendapatan sederhana.

"Walaupun kos operasi kami meningkat, kami tidak dapat menaikkan harga kerana mahu pastikan pelanggan datang ke restoran setiap hari," katanya sambil menambah beliau terpaksa menutup restorannya di Cyberjaya, Bandar Baru Bangi dan Subang Jaya, Selangor.

Kekurangan pekerja juga telah memaksa pemilik sebuah restoran India di Petaling Jaya, Datuk R. Ramalingam Pillai untuk 'turun padang' dan melayan pelanggan serta membantu pekerjanya di dapur.

"Kami sudah tiada pilihan, pekerja tempatan telah diambil tetapi tiada kepastian bahawa mereka akan berkerja dengan kami untuk tempoh yang panjang.

"Selepas belajar memasak, beberapa pembuat roti canai telah pergi ke Singapura di mana mereka boleh mendapat sekitar kira-kira S$3,000 sebulan (kira-kira RM9,000).

"Tak ada pilihan, diri sendiri perlu buat kerja," kata Ramalingam.

Dalam tempoh dua tahun, beliau terpaksa menutup dua daripada empat buah restorannya yang terletak di Petaling Jaya dan Damansara.

Ramalingam berkongsi bahawa banyak tukang masaknya telah pulang ke India.

"Apabila mereka pulang, amat sukar untuk ambil mereka semula. Ini akan beri kesan kepada perniagaan kami dan akhirnya, jika kami tak dapat berdepan masalah ini, kami perlu menutup perniagaan," katanya.

Beliau adalah antara beratus-ratus pemilik restoran yang sedang 'berjuang' untuk terus menjalankan perniagaan disebabkan masalah kekurangan pekerja asing.

Ramalingam juga bimbang jika keadaan ini berterusan, beliau tidak mungkin dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Kebersihan adalah salah perkara paling penting dan menjadi keutamaan, tapi bagaimana ia boleh diberi penekanan jika kekurangan kakitangan," katanya.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura  Ho Su Mong berkata, persatuan itu sedang berdepan masalah kekurangan 10,000 pekerja asing.

Kekurangan ini, kata Su Mong, bermakna terdapat ahli yang tidak dapat menjalankan perniagaan dari pagi hingga ke petang setiap hari.

"Disebabkan masalah itu, beberapa ahli terpaksa menutup kedai pada pukul 2 atau 3 petang.

"Malah, majikan juga perlu keluar dari kaunter juruwang untuk melayan pelanggan.

"Kami telah menggalakkan ahli-ahli menawarkan khidmat layan diri, seperti mengambil minuman sendiri, tetapi pelanggan nampak tidak gembira," katanya.

Su Mong berkata kebanyakan operasi berlaku pada keuntungan minimum dan jika keadaan ini berterusan, mereka mungkin terpaksa memindahkan kos kepada pengguna.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Datuk Jeffrey Ng berkata, sebuah daripada ladang kontraknya terpaksa ditutup kerana tidak ada pekerja mencukupi.

"Ladang ini tidak mempunyai pekerja yang mencukupi dan kami terpaksa menutupnya," kata Ng mengenai ladang itu yang menghasilkan 200,000 ekor ayam pada setiap 60 hari.

Beliau menambah, sebuah lagi ladangnya, yang mempunyai kapasiti 800,000 ekor ayam, masih dapat dikekalkan tetapi pekerja perlu bekerja lebih masa.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan