Kebajikan Rakyat Sarawak Sentiasa Dekat Dalam Hati Adenan

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 7:15 PM

Puan Sri Jamilah Anu mengiringi jenazah suaminya Tan Sri Adenan Satem ke kediaman mereka di Santubong dekat Kuching.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebajikan rakyat Sarawak dan kesejahteraan negeri adalah perkara-perkara yang sentiasa dekat dalam hati Allahyarham Datuk Seri Adenan Satem.

Kata-kata terakhir Ketua Menteri Sarawak itu terkandung dalam catatan menerusi laman Facebook yang beliau menggambarkan bagaimana tahun 2016 "telah membawa beberapa perubahan penting untuk membentuk Sarawak ke arah lebih baik untuk generasi akan datang yang kita cintai.

"Perjalanan kita bersama pasti berterusan tahun depan, dengan kecekalan, keazaman yang lebih kuat dan semangat harmoni yang unik kepada kita di sini di Sarawak," katanya.

Catatan terakhir allahyarham di @cmadenansatem adalah bertarikh 23 Disember 2016.

Berikut ialah petikan catatan beliau: 

Tahun 2016 akhirnya melabuhkan tirai. Apabila direnung kembali, tahun 2016 telah membawa beberapa perubahan penting untuk membentuk Sarawak yang lebih baik untuk generasi masa depan yang tercinta.

Perjalanan kita bersama pasti berterusan tahun depan, dengan ketabahan, keazaman yang lebih jitu dan semangat harmoni yang unik kepada kita di Sarawak.

Semasa musim perayaan ini, luangkan sedikit masa untuk menikmati perkara yang mudah dalam kehidupan. Banyakkan memberi daripada apa yang kita ambil.

Ambil kesempatan ini untuk berhubung dengan orang lain dengan cara yang istimewa dan menjana kekuatan daripada perbezaan kita.

Mencari keberanian untuk mentakrifkan semua harapan kita, untuk memperkayakan kehidupan, baik orang asing mahupun rakan bersama.

Semoga perayaan Krismas membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya, menikmati percutian yang direstui kepada semua terutama bersama orang tersayang dan Selamat Tahun Baharu!

Adenan, Jamilah  and  keluarga.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan