Ketua Menteri Melaka Dipanggil Bantu Siasatan SPRM

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009, pada Isnin.

Menurut Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Idris Haron merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawai beliau yang pernah ditahan oleh SPRM pada November lalu.

"Pegawai SPRM telah pergi ke pejabat beliau di Melaka kira-kira jam 2 petang semalam (Isnin).

"Bagaimanapun, maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan," kata beliau menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Idris Haron menjelaskan beliau hanya membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.

Beliau berkata bantuan yang diberi adalah berdasarkan bidang kuasanya selaku ketua menteri.

"(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah yang lalu.

"Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaram Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh, di sini Selasa.

Idris mengulas laporan mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabatnya pada Isnin bagi merakam kenyataan berhubung siasatan terhadap pegawai yang ada kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Idris berkata beliau sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama penuh dalam apa juga siasatan yang dilakukan pihak berkuasa demi meningkatkan integriti kerajaan negeri.

"Ini integriti kita. Mana-mana pegawai yang mengamalkan rasuah di negeri Melaka ini tidak ada tempat dan akan rasa panas," katanya.


Tags / Kata Kunci: SPRM , Idris Haron

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan