Siasatan SPRM Tiada Kaitan Dengan Dirinya - Idris Haron

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 4:42 PM

Idris Haron.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan beliau hanya membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.

Beliau berkata bantuan yang diberi adalah berdasarkan bidang kuasanya selaku ketua menteri.

"(Anggota SPRM) datang sempurnakan siasatan beberapa kes yang berlaku sebulan setengah yang lalu.

"Takkan siasat saya, kalau siasat saya lain macam (cara) dia (anggota SPRM) datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaram Pusat Komersil Hang Tuah Melaka di Ayer Keroh, di sini Selasa.

Idris mengulas laporan akhbar pada Selasa mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabatnya pada Isnin bagi merakam kenyataan berhubung siasatan terhadap pegawai yang ada kaitan dengan Pejabat Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Idris berkata beliau sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama penuh dalam apa juga siasatan yang dilakukan pihak berkuasa demi meningkatkan integriti kerajaan negeri.

"Ini integriti kita. Mana-mana pegawai yang mengamalkan rasuah di negeri Melaka ini tidak ada tempat dan akan rasa panas," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Idris Haron , SPRM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan