Rafizi Abai Implikasi Tidak Laksana Projek MRT - BN

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam kritikan berterusan terhadap projek MRT, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah mengabaikan bagaimana perkhidmatan itu boleh memperbaiki sistem pengangkutan negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan lebih penting, kesan tidak melaksanakan projek tersebut, kata Barisan Nasional (BN).

Unit Komunikasi Strategik BN berkata implikasi tidak melaksanakan projek itu lebih besar dengan memetik angka daripada Laporan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia 2015.

BN turut memetik kaji selidik oleh Frost & Sullivan baru-baru ini yang mendapati 41 peratus rakyat Malaysia menyenaraikan kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan utama mereka manakala kos pengangkutan kereta terdiri 10% daripada keseluruhan perbelanjaan isi rumah bulanan.

"Walaupun kos pelaburan yang tinggi bagi pengangkutan awam, kerajaan akan dapat secara tidak langsung mendapat semula pelaburan jangka masa panjang daripada cukai ke atas peningkatan produktiviti, nilai hartanah dan aktiviti ekonomi di kawasan berdekatan kemudahan tersebut.

"Di samping itu, kerajaan juga akan memperoleh penjimatan lebih besar daripada kos pengurangan penjagaan kesihatan dan alam sekitar," demikian menurut kenyataan itu pada Selasa.

Menurut BN, kos jangka masa panjang tidak termasuk kerosakan alam sekitar kesan bahan bakar kenderaan dan kos kesihatan yang berpunca daripada tahap tekanan meningkat semasa kesesakan lalu lintas.

BN berkata pelaburan dalam penambahbaikan sistem pengangkutan awam juga akan mengembalikan semula wang rakyat Malaysia daripada penjimatan masa dan mengurangkan kos pengangkutan dan pemilikan kenderaan.

"Kami terkejut apabila Rafizi Ramli mempunyai pemikiran yang cetek dan tidak strategik serta terus menjadikan ia sebagai isu manakala mengabaikan sepenuhnya manfaat kemudahan itu kepada kerajaan dan juga rakyat," katanya.

Sejak pelancaran fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bulan lalu, Rafizi terus membidas projek tersebut dengan berkata ia akan menambah bebanan hutang negara.


Tags / Kata Kunci: MRT , Rafizi Ramli , BN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan